Jom Raya
4 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Jun 2018 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan aktiviti sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya yang akan tiba. Aktiviti ini melibatkan para pelajar yang tinggal berdekatan Pusat Ekonomi Digital dan komuniti setempat.
Antara aktiviti yang diadakan ialah menganyam ketupat , membuat sampul raya dan menghias Pusat Ekonomi Digital . Sebelum melakukan aktiviti tersebut secara praktikal, para peserta menonton video tutorial dahulu melalui laman Youtube. Kemudian, mereka bersama – sama menganyam ketupat dan membuat sampul raya berdasarkan video yang ditonton. Selepas itu, ketupat yang dianyam dan sampul raya yang dihasilkan digunakan untuk dihias di dalam Pusat Ekonomi Digital .
Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengasah kreativiti peserta malah dapat mengeratkan silaturrahim antara komuniti setempat dengan pengurusan Pusat Ekonomi Digital .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: